Warta Pagi

Warta Pagi merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan di RTM1 selama setengah jam bermula jam 7.00 pagi. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang pertama keudara bagi RTM1 pada setiap hari.Warta Pagi memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara termasuk berita nasional, tempatan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan politik. Pada pukul 7.15 pagi, Arena Pagi memaparkan berita sukan dan pukul 7.30 pagi, Akhbar Hari Ini memaparkan berita akhbar-akhbar utama dan ulasan isu semasa. Kebanyakkan beritanya adalah berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita yang telah berlaku pada hari sebelumnya.Selepas Warta Pagi, rancangan yang keudara seterusnya ialah Selamat Pagi Malaysia.